Monday, October 13, 2008

hari pertama dan hari kedua program anak angkat di PSN

hari ini hari pertama kami di PSN.waktu pagi,kami menaiki bas ke PSN.kami menerima taklimat program dari ketua pengarah yang seterusnya merasmikan majlis perasmian program anak angkat

Pada waktu tengahari ,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.kami berkenalan dengan ahli kumpulan.kami melantik ketua & penolong dalam kumpulan.kemudian kami mencari nama,moto & sorakan kumpulan.seterusnya kami melakukan aktiviti treasure hunt.

Pada waktu petang, kami meneruskan semula aktiviti tresure hunt.kami bekerjasama dalam satu pasukan untuk mendapat jawapan teka - teki yang di berikan.aktiviti seterusnya adalah senaman seni yang kami lakukan 30 minit.ia amat menyeronokkan.

seterusnya pada waktu malam kami telah mengetahui cara cara membina blog berkumpulan.

No comments: