Thursday, October 16, 2008

Hari keempat program anak angkat PSN


Pada hari keempat,kami telah diarahkan untuk membuat program Robotik. kami telah dibantu oleh Astana Digital sdn bhd. selepas itu ,kami bertemu dengan angkasawan negara iaitu Dr.Faiz Khaleed. Beliau memberi taklimat tentang angkasa dan pengalaman beliau semasa menjalani latihan di Rusia.selepas makan tengahari,kami dibawa bersiar-siar di Berjaya Time Square,thema park untuk berseronok.Kami telah makan malam dengan kakitangan PSN,selepas itu kami berbincang tentang projek dan blogger supaya dapat dipersembahkan esok.Pada pukul 9:00malam kami balik ke hotel.

Hari ketiga program anak angkat PSN

Ini merupakan hari ketiga kami,hari ini pada pukul 7.30 pagi kami bertolak dari hotel ke Mdec.Disana kami diberi taklimat tentang fungsi Mdec dan peluang pekerjaan dalam sektor.selain itu, kami berpeluang menonton 1 episod kartun buatan Malaysia,selepas itu kami makan tengahari di Mdec.Kami bertolak dari Mdec ke Cyber security/Mynic,disana kami di beri taklimat tentang kaselamatan menggunakan internet dan fungsi cyber security.Selepas minum petang,kami bertolak ke Planetarium. Disana kami diberi taklimat tentang planetarium seperti
bila ditubuh dan apa fungsinya .Disana kakitangan planetarium menayangkan filem tentang alam semesta di mini teater,selepas itu kami diberi makanan malam. Seleps itu, kami meronda -ronda sekitar Kuala lumpur dan balik ke hotel kira-kira pukul 9.30 malam .

Tuesday, October 14, 2008

MEMPERKENALKAN KUMPULAN KAMI

Dalam program ini kumpulan kami telah bersepakat untuk memberi nama EVOLUTION kerana kami ingin menjadi perintis kepada kemajuan sains dan teknologi global.Kami membina motto "SAINS MEMBANTU KEHIDUPAN" kerana kami percaya dan yakin tanpa sains dan teknologi, dunia tidak akan mengalami perkembangan dalam kehidupan bertamadun.Dunia pula tidak akan memiliki sejarah tanpa penemuan dalam bidang sains dan teknologi.Dalam kumpulan kami kami melantik seorang ketua yang bernama, Nantha Kumar dan penolong yang bernama Zulaikha,diikuti dengan Shahirah,Santha

Monday, October 13, 2008

hari pertama dan hari kedua program anak angkat di PSN

hari ini hari pertama kami di PSN.waktu pagi,kami menaiki bas ke PSN.kami menerima taklimat program dari ketua pengarah yang seterusnya merasmikan majlis perasmian program anak angkat

Pada waktu tengahari ,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.kami berkenalan dengan ahli kumpulan.kami melantik ketua & penolong dalam kumpulan.kemudian kami mencari nama,moto & sorakan kumpulan.seterusnya kami melakukan aktiviti treasure hunt.

Pada waktu petang, kami meneruskan semula aktiviti tresure hunt.kami bekerjasama dalam satu pasukan untuk mendapat jawapan teka - teki yang di berikan.aktiviti seterusnya adalah senaman seni yang kami lakukan 30 minit.ia amat menyeronokkan.

seterusnya pada waktu malam kami telah mengetahui cara cara membina blog berkumpulan.